Rabu, 17 November 2010

Duhai Jiwa yang sedang Berbicara,



Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
============================





Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Tanpa sedar kau telah membiarkan dirimu binasa,
Mungkinkan ini ujian membuktikan kata-kata,
Kau benci pada sesuatu yang bukan tempatnya,

Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Allah tak pernah menguji melebihi kemampuan hamba-hamba-Nya,
Yakinilah Dia pemilik segalanya,
Adulah dan tangislah meminta pada-Nya,






Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Kau benci pada sesuatu yang belum tepat pada masanya,
Adakah ujian ini hanya membuatkan engkau terhina,
Kerana janjimu pada diri sendiri tidak dikota,

Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Jika ada yang bertanya padamu bagaimana hilangkan resah dijiwa kerananya,
Engkau petah sekali berhujah tentangnya,
Mengapa bila diuji rasa itu bagaimana,
Engkau terbaring lemah tak berdaya,

Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Tuhan-Mu menguji benarkan engkau setia,
Apakah kerana rasa ini membuatkan kau ingin musnahkan segalanya,
Bukankah cita-citamu menjadi bidadari terpelihara,

Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Hatimu kosong dari mengingati Dia,
Kerana itu rasa yang haram bagimu mengisi ia,
Penuhkan dihatimu kembali cinta yang mengingati Dia,

Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Walau dihatimu sedang derita,
Allah tahu segala-galanya,
Tidak semestinya apa yang kau mahu terbaik semuanya,

Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Berhentilah bicara tentang cinta selain-Nya,
Kerana ia bersifat sementara,
Cinta Allah kekal selamanya,

Duhai jiwa yang sedang berbicara ,
Buktikan kau mampu contohi serikandi yang syahid kerana cinta kepada-Nya,
Bukan mati yang sia-sia,
Kerana menanggung rasa yang binasa,

Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Tak malukah engkau bila mengenangkan apa yang pernah kau perkata,
Sesuatu yang haram tentang cinta bukan pada tempatnya,
Buktikan kata-katamu kerana ia akan dipertanggungjawab pada yang Maha Esa,






Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Lihat sumayyah yang teraniaya,
Kerana mempertahankan agama dengan setia,
Berkorban rasa cinta untuk dipersembahkan pada Yang Maha Mencipta,

Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Asiah mati tidak tersia-sia,
Berkorban hati meninggalkan cinta,
Suami zalim tidak dipedulikannya,
Asal cinta Allah termiliki selama-Nya,

Duhai jiwa yang sedang berbicara,
Lihat khadijah yang berani dan beribawa,
Kerana agama taatkan suami sepenuhnya,
Sanggup serahkan jiwa dan raga



note: teringat nashid puteriku sayang -hijjaz


Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri






Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
TIADA SIAPA YANG AKAN BOLEH MERAMPASNYA 
MELAINKAN KAU SENDIRI YANG PERGI MENYERAH DIRI

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya




===

Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua.
Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci....
 
Barakallahufiikum.semoga bermanfaat
Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh
--------------------------------
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan